Balai Bomba dan Penyelamat Muar bersama Make A Wish Malaysia Foundation baru sahaja selesai merealisasikan impian Qayyum, seorang kanak-kanak yang bercita-cita untuk menjadi seorang Pegawai Bomba pada pagi tadi.
Program Qayyum’s Wish Day yang bermula pada jam 11 pagi tadi dimulakan dengan kehadiran Qayyum dan keluarga yang tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Muar dan disambut mesra oleh Ketua Zon 4 Johor , PgKB II Norshuhada binti Amsari diiringi bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, TPgB II Shahrizal bin Mohtar.
Qayyum diberikan peluang untuk merasai pengalaman menjadi seorang anggota bomba dengan memakai celoreng bomba dan membantu memadam api dalam demonstrasi kebakaran yang diadakan.
Selain itu, Qayyum juga berkesempatan untuk turut serta dalam latihan Penyelamatan Aras Tinggi bersama anggota balai.
Program kemudian diteruskan dengan membawa Qayyum menaiki jentera bomba dan meninjau kawasan balai.
Setelah selesai, Program kemudian diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar , Ketua Zon 4 serta Make A Wish Foundation dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga balai.
Balai Bomba dan Penyelamat Muar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian Qayyum dibawah program Make A Wish Malaysia Foundation.


