Perasmian Emergency Response Symposium 2024 di PIC Pengerang

Pengerang, 4 Disember 2024 –

Majlis perasmian Emergency Response Symposium 2024 telah berlangsung dengan jayanya di The Hive, Pengerang Integrated Complex (PIC). Majlis ini dirasmikan oleh Yang Setia PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor.

Simposium ini dianjurkan oleh Central Emergency & Fire Service (CEFS), dengan tujuan memperkukuhkan kerjasama antara JBPM dan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dalam aspek keselamatan kebakaran dan kesiapsiagaan kecemasan. Acara ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tinggi, termasuk Tuan Haji Kamal Bahrin bin Ahmad, Senior Vice President merangkap CEO Petronas Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC), Encik Adlee bin Abu Bakar, Pengerusi CEFS PIC, serta Encik Mohd Ali bin Azlan, CEO CEFS PIC.

Dalam ucapannya, PKPjB Siti Rohani menekankan pentingnya langkah pencegahan kebakaran dan budaya kerja selamat di kawasan operasi industri seperti Kompleks Bersepadu Pengerang. Beliau turut menegaskan peranan JBPM sebagai agensi utama keselamatan kebakaran, yang komited memberikan pendidikan awam, memperkenalkan teknologi moden, dan melaksanakan penguatkuasaan piawaian keselamatan di premis-premis industri.

“Keselamatan kebakaran bukan sahaja melindungi nyawa dan harta benda, tetapi juga memastikan kelangsungan operasi penting seperti yang terdapat di Kompleks Bersepadu Pengerang, yang menjadi nadi ekonomi negara,” kata beliau.

Simposium ini menyediakan platform untuk sesi taklimat, latihan, dan perbincangan strategik antara JBPM dan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor industri. Antara topik utama yang diketengahkan ialah pengurusan bahan berbahaya, pelaksanaan latihan kecemasan berkala, dan penilaian risiko proaktif.

Majlis ini diakhiri dengan harapan agar simposium seumpama ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif untuk memperkukuhkan keselamatan kebakaran di seluruh negara, sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi.

469477019 969018265251672 7091742681603624317 n
468834863 969018445251654 6546797842174890851 n
469012517 969018301918335 1689588065889285401 n
toto togel scatter mahjong cie4d sakutoto onictoto toto slot pengeluaran macau data sdy slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ situs toto rans303 https://www.thistlechangeyou.com/ nasatoto bumispin pengeluaran macau Scatter Hitam situs toto Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d slot gacor kedai168 hoki138 Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto situs toto xtoto toto slot slot88 slot toto

slot bola

situs slot gacor slot qris
Skip to content