MAJLIS SAMBUTAN KETIBAAN PENGARAH JBPM NEGERI JOHOR

7 Jun 2023

Bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah diadakan Majlis Sambutan Ketibaan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor. Majlis telah dimulakan dengan ketibaan YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor seterusnya menerima tabik hormat serta pemeriksaan Perbarisan Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor. majlis diteruskan lagi dengan sesi mengetik kad perakam waktu dan menandatangani buku pelawat sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Pengarah JBPM Negeri Johor. Beliau turut berpeluang mendengar taklimat pengoperasian JBPM Negeri Johor oleh PPjB Ts. Mohd Rizal bin Buang, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor. Beliau turut menyampaikan amanat buat semua Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai JBPM Negeri Johor. Semoga beliau diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam mentadbir JBPM Negeri Johor ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

351319530 700812741804661 1669733600608916510 n 1
352792129 1418464138888479 253932395609053696 n
352111112 1231895927340833 3961954496198291144 n
ms_MYMalay