8 Jun 2023
Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tenggara telah diadakan Lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tenggara. YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam rangka lawatan bagi melihat projek pembangunan kerajaan di Negeri Johor. Ketibaan beliau telah disambut oleh Tuan Haji Razman Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, YAS Dato’ Ts Nor Hisham Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, YS PKPjB Othman Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan JBPM serta YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor. Turut serta dalam lawatan tersebut wakil dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Pengarah serta pegawai dari JKPTG Negeri Johor dan pegawai dari JBPM Negeri Johor. Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan menanam anak pokok di kawasan balai tersebut. JBPM Negeri Johor merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tenggara. Dengan lawatan ini ianya memberikan sinar buat masyarakat setempat dalam menikmati perkhidmatan kebombaan di kawasan Bandar Tenggara.


