MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS YB PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR

28 April 2024

Bertempat di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor telah diadakan Majlis Perhimpunan Khas YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Bersama Warga JBPM Negeri Johor sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M JBPM Negeri Johor. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Turut meraikan majlis tersebut YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah JBPM, Yang Terhormat Tuan Ng Kuan Khai, Consul General Consulate Singapore- Johor Bahru, Yang Terhormat Bapak Sigit S. Widiyanto, Konsul Jeneral, Konsulat Republik Indonesia – Johor Bahru, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pesara-pesara Bomba, Rakan-rakan Media, pegawai dan anggota JBPM Negeri Johor dan rakan-rakan strategik JBPM Negeri Johor.Majlis yang disambut meriah ini dapat dirasai oleh semua pegawai dan anggota ini dengan menyediakan 15 buah gerai untuk santapan jemputan yang hadir.Turut diadakan Pertandingan Gerai Terbaik yang dimenangi oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran ditempat pertama diikuti Zon 1 dan ditempat ketiga dinobatkan oleh Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat.Bagi pertandingaan Pakaian Tercantik kategori wanita telah dinobatkan kepada PKPgB Jamaah Abdul Razak dari Zon 1 dan kategori lelaki dinobatkan kepada PPgB Shamsul Khomari Hj Bakar, Ketua Balai BBP Tebrau. Syabas dan tahniah diucapkan.

441028871 821474250006075 8625230965260357420 n
440957591 511668321183153 447165787690278937 n
440948224 511668244516494 1656617393122008946 n

English EN Malay MS
Skip to content