JBPM NEGERI JOHOR RAIKAN 109 PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC), SIJIL PERKHIDMATAN 30 TAHUN DAN SIJIL PERKHIDMATAN TERPUJI PEGAWAI BOMBA BANTUAN TAHUN 2023 JBPM NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 29 April 2024 –

YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah JBPM telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 109 orang penerima, 47 orang penerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan 19 orang penerima Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Tahun 2023 di yang diadakan di Holiday Villa Johor Bahru pada hari ini.Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Tahun 2023 JBPM Negeri Johor ini diadakan bertujuan untuk menzahirkan pengiktirafan dan penghargaan kepada seluruh warga JBPM Negeri Johor yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun 2023. JBPM Negeri Johor sentiasa menghargai peranan warga jabatan ini sebagai sebuah pasukan besar yang sentiasa mementingkan kerja berpasukan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Majlis seperti ini diharapkan akan terus menyuntik semangat warga kerja JBPM Negeri Johor untuk sentiasa menambahbaik mutu perkhidmatan secara lebih efisien selari dengan matlamat Malaysia MADANI untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan masyarakat.

441033591 821810726639094 6454031877006342344 n
440989909 821806266639540 2373801653661822448 n
441024156 821806096639557 9104813663258434324 n
English EN Malay MS
Skip to content