
23 Jun 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dengan kerjasama Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Biro Sukan, Kelab Rekreasi dan Sukan Bomba Negeri Sabah (KERISMA) telah berjaya diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC).
Seramai 873 peserta seminar daripada pelbagai sektor perkilangan, perhotelan, dan juga sektor awam telah menghadiri Seminar Keselamatan Kebakaran yang di adakan di SICC Kota Kinabalu Sabah.
Seramai 6 penceramah telah membuat pembentangan yang terdiri daripada :-
- Tuan Muniswaran Errisson – Senior Vice President, Training Levy Department, HRD Corp.
- YS PKPjB Mohd Pisar Bin Aziz – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah
- PKPjB Abdul Khair Bin Osman – Ketua Seksyen Perakuan Bangunan, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM
- PPjB Hafisham Bin Mohd Noor – Ketua Cawangan Perakuan Bomba, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu Pejabat JBPM
- PgKB I Ts. Md Ridzuan Bin Hasan – Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM
- PgKB II Mohd Haikal Bin Md Kasri – Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM
Seminar OKK turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Hj.Ruslan bin Muharram, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku wakil Ketua Menteri Sabah merasmikan Seminar OKK pada Tahun ini.
“Pematuhan terhadap Perakuan Bomba bukan semata-mata tanggungjawab pemilik premis, tetapi juga melibatkan kerjasama agensi penguatkuasaan, pihak pengurusan bangunan, serta seluruh masyarakat.
“Pematuhan terhadap sijil ini perlu didukung dengan program latihan dan kesedaran awam. Ia bukan hanya keperluan teknikal tetapi budaya keselamatan yang wajib diterapkan dalam komuniti,” ujar beliau.
Seminar yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti ini dilihat selaras dengan pelaksanaan Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN) yang menekankan pendekatan menyeluruh kerajaan dan masyarakat dalam aspek keselamatan.
JBPM Sabah menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta yang hadiri pada seminar OKK kali ini dan berharap semoga kita akan bertemu di masa akan datang.










