
15 Januari 2025. PKPjB Tuan Jainal@ Zainal Bin Madasin telah menghadiri Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Negeri Sabah Tahun 2025 bersama Setiausaha Persekutuan Sabah yang diadakan di Auditorium Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu di sini, pagi.
Dalam ucapan amanat oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa sebentar tadi, beliau menyeru semua penjawat awam di negeri ini khususnya, supaya menghayati intipati ucapan oleh YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara pada 3 Januari lalu,
iaitu menekankan beberapa perkara utama seperti tatakelola yang cemerlang, meliputi latihan dan pembangunan pegawai muda, menghindari keselesaan dan menghadapi perubahan, reformasi perkhidmatan awam, program yang mendesak perlu digesakan, jangan gelojoh dan tamak haloba.
Selain itu, penjawat awam seharusnya mempunyai (Knowledge Enterprising), pengetahuan sebagai aset utama dalam memperbaiki perkhidmatan yang kita sampaikan kepada masyarakat.
Melalui pembangunan infrastuktur dan kemudahan awam, bagi melaksanakan projek ini, penjawat awam perlu memastikan ia dilakukan dengan efisen, mengikut jadual, dan mematuhi piawaian serta prosedur operasi ditetapkan.

