Alhamdulillah, program Bubur Lambuk Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 19 Mac 2025 (Rabu).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Seri Hajah Wan Hasni Binti Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan. Turut hadir, YBhg. Datin Suriani binti Yahya, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan, YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, serta Puan Zuraidah binti Samsudin, Pengerusi PERISMA Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga amalan sedekah dan kebersamaan ini terus membawa keberkatan kepada kita semua, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini.











