SEREMBAN, 14 Mac 2025 – Mesyuarat Pasukan Khas Rapid Intervention Motorcycle (RIM) JBPM Negeri Sembilan telah diadakan dan membincangkan isu memperkasakan response time dalam menghadapi kecemasan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Advisor Pasukan Khas RIM, PgB Mohamad Hafiz bin Ahmad Termizi.
Penglibatan Pegawai Pasukan Khas RIM BBP Seremban 2 dan Desk Officer BOKP JBPM NS telah menetapkan berberapa keputusan penting bagi memastikan Pasukan Khas RIM terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kebombaan.
Pemeriksaan peralatan jentera serta dokumen berkaitan dilaksanakan bagi memastikan kesiapsiagaan jentera dalam keadaan baik.
Pasukan Khas RIM juga bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam Ops Musim Perayaan Aidilfitri yang akan diadakan dua minggu lagi.
Sekian pemakluman dan terima kasih.





