Pada 12 Mac 2025, jam 2 petang, satu sesi Kit Inspection dan Mesyuarat Pasukan Khas Storm telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Pelangi, JBPM Negeri Sembilan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, yang turut memberikan pandangan dan arahan penting dalam usaha mempersiapkan pasukan bomba bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan.
Sesi ini bertujuan untuk memastikan semua peralatan dan kit operasi dalam keadaan siap sedia serta menilai tahap keberkesanan prosedur operasi pasukan khas dalam menghadapi cabaran yang mungkin timbul. perbincangan yang penuh dengan idea-idea konstruktif ini menunjukkan komitmen tinggi semua pihak dalam meningkatkan kecekapan pasukan bomba dalam menjalankan tugas penyelamatan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan untuk menjayakan sesi ini. Semoga dengan usaha berterusan ini, kita dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan bersama.









