Pada 10 Mac 2025 (Isnin), YDH ACP Al-Amin Mukammal bin Abdul Razak, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Beliau diiringi oleh INSP Awang Hamad bin Abdullah dan Sjn Mohammad Sufri bin Aris dalam kunjungan yang penuh mesra ini.
Kunjungan ini telah dialu-alukan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, bersama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan Ketua-Ketua Zon.
Perbincangan yang berlangsung menekankan kerjasama strategik antara JBPM dan PDRM dalam memperkukuhkan keselamatan awam, kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta mempertingkatkan koordinasi operasi antara kedua-dua agensi.
Semoga hubungan erat ini terus diperkukuhkan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Terima kasih atas kunjungan hormat ini!








