Pada 5 Mac 2025 (Rabu), PERISMA Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datin Seri Hajjah Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan jalinan silaturahim serta mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa program-program kebajikan dan kemasyarakatan di Negeri Sembilan.
Semoga hubungan baik ini terus terjalin demi manfaat bersama dan memartabatkan usaha-usaha murni untuk kesejahteraan rakyat. Terima kasih atas sambutan mesra dan perkongsian yang amat bermakna!










