





17 Mac 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran berkesempatan untuk berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral untuk menyantuni pegawai yang bertugas dalam sesi SINGGAH SAHUR di balai berkenaan. Kehadiran YS Pengarah disambut mesra oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral bersama anggota beliau.
Turut hadir bersama dalam SINGGAH SAHUR tersebut ialah PgKB I Ts. Andy anak Alie, Ketua Zon 4 Sarawak, PgKB II Azman bin Julaihi, PPgB Erwandy bin Tugor, pegawai kanan jabatan dan anggota. YS Pengarah dan semua pegawai turut menunaikan solat subuh berjemaah. YS Pengarah turut berkesempatan menyediakan juadah bersahur kepada semua jemputan.
Sekian, terima kasih.
UPA