





Sibu, 16 Mac 2025
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah telah menganjurkan Majlis iftar Ramadan 2025 yang telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai merah dengan kehadiran YS Pengarah JBPM Sarawak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Jamri bin Masran bersama Penguasa Kanan Bomba 1, Ts. Andy anak Alie, Ketua Zon 4, Sarawak, Ketua Balai BBP Sg Merah, Timbalan Penguasa Bomba Abdul Mutalif bin Ja’afar, Ketua-Ketua Balai Sibu Sentral, Sarikei, Bintangor, Ketua Kejuruteraan Zon 4,Sibu, wakil dari PUSTAKA SARAWAK, rakan media serta anggota BBP Sg Merah.
Di antara pengisian sepanjang majlis adalah majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta terawih. Penyampaian cenderamata kepada PBK II (TBK I) Johnny Anyom yang akan bersara wajib pada 31 Mac 2025 yang disampaikan oleh YS Pengarah. Tidak lupa juga Ketua Balai BBP Sg. Merah turut memberi cenderamata kepada YS Pengarah sebagai tanda kenang-kenangan.
Sekian, terima kasih.
UPA