Tarikh : 3 Februari 2025
Tempat : Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Labuan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan telah mengadakan Perhimpunan Tahunan 2025 di Dewan Serbaguna, Kompleks Ibu Pejabat JBPM Labuan. Majlis dimulakan dengan ketibaan YS PgKB I Abd. Rahman Bin Ali, Pengarah JBPM Labuan diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku, Lagu Siap Sedia Setiap Masa, dan Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam.
Salah satu konteks utama dalam majlis ini adalah Perutusan Tahun 2025 Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang disampaikan oleh YS Pengarah JBPM Labuan.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan pemakaian tanda pangkat bagi pegawai bomba, penyerahan sumbangan banjir untuk mangsa banjir tahun 2024, serta sesi pengenalan kakitangan baharu yang menjawat jawatan Penolong Setiausaha Pejabat di JBPM Labuan.