TARIKH : 27 Januari 2025
Tempat : Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Program Kempen Keselamatan Kebakaran berkenaan telah dirasmikan oleh YBrs. Simsudin Bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan.
Program ini adalah hasil kerjasama daripada pihak LDA (Holdings) Sdn Bhd bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan.
Turut hadir bagi kempen berkenaan adalah PgKB II Emil Bin Taihin@Toihin , Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan,
Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai Kanan dan anggota JBPM Labuan, para tetamu jemputan serta pengunjung-pengunjung di kawasan Terminal Feri Antarabangsa Labuan.