Pada 17 Februari 2025 (Isnin), Kunjungan Hormat telah berlangsung dari REHDA Negeri Sembilan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Persatuan REHDA diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Desmond Yap Poh Seng, selaku Pengerusi REHDA Negeri Sembilan.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan serta membincangkan kerjasama dalam aspek pembangunan hartanah, pematuhan keselamatan kebakaran, dan isu berkaitan industri perumahan di Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada pihak Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Negeri Sembilan atas kehadiran.










