17 Februari 2025 (Isnin), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan. JBPM Negeri Sembilan diketuai oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari bersama Penolong Pengarah Bahagian telah disambut mesra oleh KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi dalam usaha memperkukuh integriti, ketelusan, dan tadbir urus yang baik, khususnya dalam aspek keselamatan kebakaran dan pematuhan undang-undang.
Terima kasih kepada pihak SPRM Negeri Sembilan atas kesudian menerima kunjungan serta sesi perbincangan yang membina. Semoga kerjasama ini terus diperkukuh demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.






