LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT ASAJAYA

Asajaya, 14 Januari 2025

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya.

Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PBT II Karim bin Mohamad , Ketua Balai BBP Asajaya bersama pegawai-pegawai bertugas. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Asajaya sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Balai, statistik, maklumat dan hala tuju BBP Asajaya.

UPA Bomba Sarawak

ms_MYMalay