











Kota Samarahan, 14 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PKPgB Christian Olas , Ketua Balai BBP Kota Samarahan bersama pegawai-pegawai bertugas. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Kota Samarahan sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat BBP Kota Samarahan.
UPA Bomba Sarawak