Tarikh : 30 Disember 2024 (ISNIN)
Masa : 14:00-16:30
Tempat : BBP Rantau Panjang dan BBP Pasir Mas
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke BBP Rantau Panjang dan BBP Pasir Mas.
Program lawatan pada hari ini memfokuskan kepada mengenali pegawai dan anggota di balai – balai dengan lebih dekat di samping memastikan kebersihan, kekemasan serta kesiapsiagaan balai balai dari segi logistik dan pengoperasian balai.
Program lawatan hari ni turut disertai oleh Ketua Balai masing masing iaitu PPgB Shapawi Bin Setapa, PPgB Mohd Azmi Bin Husin, PgKB II Khairul Ariffin Bin Che Ramli, Ketua Zon Kota Bharu dan PgB Farid Bin Ismail mewakli Bahagian Operasi dan Menyelamat, JBPM Kelantan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.
















