Tarikh : 31 Disember 2024 (SELASA)
Masa : 09:00-16:30
Tempat : BBP Pasir Puteh, BBP Tanah Merah dan BBP Kemahang
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke BBP Pasir Puteh, BBP Tanah Merah dan BBP Kemahang sebagai destinasi terakhir untuk tahun 2024.
Program lawatan pada hari ini memfokuskan kepada mengenali pegawai dan anggota di balai – balai dengan lebih dekat di samping memastikan kebersihan, kekemasan serta kesiapsiagaan balai balai dari segi logistik dan pengoperasian balai.
Program lawatan hari ni turut disertai oleh Ketua Balai masing masing iaitu PPgB Azhar Helmi Bin Mustofar, PPgB Zulkifli Bin Osman, TPgB II Amirnozri Bin Amiruddin mewakili Ketua Zon Machang & BBP Kemahang dan TPgB II Mohd Faizol Hisam Bin Abdullah mewakli Bahagian Operasi dan Menyelamat, JBPM Kelantan.