

26 Disember 2024. Kunjung Hormat Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah ke Pejabat JBPM BOMBA ZON KOTA Kinabalu
Rombongan AADK negeri Sabah diketuai Puan Siti Nurdini binti Hussein, Pegawai Anti Dadah bersama rombongan diraikan oleh PgKB I Misran Bisara Ketua Zon 1 Kota Kinabalu.
turut hadir bersama En Jamaji @ Herman Jaini, Penolong Pegawai Anti Dadah dan Puan Roslinah Jundih, Penolong Pegawai Tadbir.
Jabatan amat mengalu-alukan jalinan kerjasama antara agensi dan sentiasa menyokong pelaksanaan program terutama program saringan air kencing dan taklimat kesedaran bahaya dadah di peringkat jabatan.