Ujian Kecergasan Bomba (UKB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan
Pada 11 Disember 2024, jam 9.00 pagi, telah diadakan Ujian Kecergasan Bomba bagi pegawai bomba Gred KB29-KB52 di Padang Kawad, Balai Bomba Seremban 2. YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan turut melaksanakan ujian Kecergasan Bomba. Ujian ini bertujuan untuk memastikan setiap pegawai bomba memiliki tahap kecergasan yang tinggi dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas-tugas penyelamatan.
Terima kasih kepada semua pegawai yang telah menyertai ujian ini dengan penuh semangat dan dedikasi. Tahniah di atas pencapaian anda! Semoga kita semua terus berusaha memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
“Bomba Tonggak Penyelamatan Negara!”









