IIPOH, 30 Julai 2024 – Majlis Penyerahan Bendera bagi Pasukan Kawad Kecekapan Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya di Perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh. Pasukan ini akan mewakili negeri Perak dalam Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2024 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Timur, Terengganu.
Majlis penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon 1 Perak, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, serta para jurulatih dan peserta pertandingan.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan tayangan montaj yang memaparkan sesi latihan kawad yang telah dijalankan, serta persembahan kawad hantaran jauh yang mempamerkan kecekapan dan kesediaan pasukan untuk menghadapi pertandingan di peringkat kebangsaan.