TANJONG MALIM, 1 Ogos 2024 – Yang Setia Pengarah, PKPjB Sayani binti Haji Saidon telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bertempat di Bangunan Canseleri, UPSI Tanjong Malim.
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak. Lawatan ini juga adalah sebagai penghargaan kepada pihak UPSI yang telah aktif memberikan sokongan kepada pelbagai program anjuran JBPM. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan untuk mengadakan program kolaborasi pada masa hadapan.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Penolong Pengarah Latihan, Ketua Zon 4, Pegawai Kanan Jabatan serta Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim.