Tarikh : 26 Jun 2024 ( Rabu )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, JBPM Negeri Kelantan
YS TPjB Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah hadir merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela ( PBS ) Zon Pantai Timur 2024. Konvensyen yang disertai 3 negeri iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang telah bermula pada 24/6/2024 hingga 26/6/2024 yang melibatkan 150 orang peserta. Terdahulu majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Seterusnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YS TPjB Nordin bin Pauzi. JBPM Negeri Kelantan telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Zon Pantai Timur Tahun 2024. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN