BBP Sarikei
17 Mei 2024@ Jumaat.
0900 pagi.
PROGRAM OUTREACH: Santuni Komuniti Anjuran Pejabat Kebajikan Bahagian Sarikei
Hadir Jemputan mengadakan Ceramah dan Pameran dalam Program Outreach Santuni Komuniti anjuran Pejabat Kebajikan Bahagian Sarikei
Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ir Hj Yusuf Hj Abd Wahab, ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis Merangkap Pengerusi CIDB Malaysia,
Turut hadir dalam Majlis Perasmian Program tersebut, Ketua Balai, PPgB Mahmudin Narudin
Anggaran Seramai 200 org peserta yang telah hadir. Pengisian Aktiviti diadakan Pameran berkaitan Peralatan Kebombaan yang dikendali oleh PBK I KUP Bakar Ujang bersama anggota PBK II KUP Peter Tabor , PBB Aizizul Ali dan PBB Firdauz Ahmad,
Manakala Ceramah berkaitan Kesedaran Keselamatan Kebakaran serta peranan komuniti dalam bencana dikongsikan kepada komuniti kawasan Selalang yang dikendalikan oleh PBK I Hasman bin Bakar.
Aktiviti perkongsian ilmu bersama komuniti Kawasan Selalang berjalan dengan lancar.