MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2023 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK
Kuching, 20 Mei 2024
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertempat di Raia Hotel and Convention, Kuching pagi ini.
Terdahulu beliau telah menerima Hormat Panglima oleh Kawalan Kehormatan Suku sebelum majlis dimulakan. Seramai 99 orang penerima APC Tahun 2023 dari seluruh Sarawak. Dalam ucapannya, beliau menekankan keperibadian displin yang unggul adalah cerminan kecemerlangan sebenar khidmat kebombaan dan penyelamatan.
Hadir sama ialah YS TPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak.