17.1.2024: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kejadian seorang lelaki yang terjun ke dalam sungai di Jambatan Tendong, Pasir Mas, Kelantan telah memasuki hari ke-3 pencarian.
Menurut Komander Operasi, PBT II Zainal Fitri bin Husain, operasi SAR telah bermula pada jam 7.30 pagi dengan menggunakan teknik “surface searching” dalam lingkungan jarak 4 km dari kawasan terakhir mangsa di lihat sebelum hilang.
Pasukan Khas Unit Pengesan (K9) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah menjalankan operasi pencarian termasuk melakukan selaman bagi tujuan mengesan mangsa dalam jarak 4 hingga 6 km. Sebanyak 8 buah bot telah digunakan dalam operasi SAR pada kali ini termasuk daripada PDRM dan APM.
Turut hadir dalam operasi tersebut adalah YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan bagi melakukan tinjauan dan memantau perkembangan operasi SAR di lapangan.Mangsa, merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang pada 15 Januari 2024 sebelum pihak PDRM memaklumkan kepada pihak Bomba pada jam 7.48 petang hari yang sama untuk bantuan mencari dan menyelamat mangsa.
Seramai 21 orang anggota Bomba telah bertugas dalam operasi pada kali ini termasuk PPDA dan K9. Agensi lain yang turut terlibat dalam operasi tersebut adalah pegawai PDRM, APM dan Polis Marin.