3.12.2023: Sehingga setakat ini, selain 4 buah balai Bomba yang menjalankan operasi pemadaman iaitu BBP Aman Jaya, BBP Sg. Petani, BBP Yan dan BBP Kulim Hi-Tech, terdapat juga bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran yang terdiri daripada PBS Kota Sarang Semut, PBS Semeling, PBS Bedong, PBS Sik, PBS Bukit Selambau, PBS Jeniang, PBS Sungai Petani, PBS Padang Lembu, PBS Gurun, PBS Bakar Arang, PBS Berapit dan PBS Macang Buruk.
Laporan semasa daripada Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Negeri Kedah, PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, terdapat 3 buah gudang penyimpanan barang terpakai yang terdiri daripada logam tembaga, wayar dan bateri berkeluasan 120×120 kaki persegi setiap gudang telah terbakar.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.02 malam dan kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan oleh pasukan Bomba dan PBS. Pasukan Khas Unit HAZMAT daripada BBP Kulim Hi-Tech telah diarahkan untuk ke lokasi kebakaran.