29.11.2023: Pada jam 12:16 tengah hari, pihak Bomba terima panggilan tentang kebakaran rumah atas air yang berlaku di Jalan Tanjung Aru Lama, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah.
Anggota Bomba daripada BBP Lintas telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan. Bantuan daripada BBP Penampang dan BBP Tuaran turut digerakkan.
Menurut Komander Operasi, PBK II Welson Juanis, kebakaran itu melibatkan 6 buah rumah yang berkeluasan 30×20 kaki persegi bagi setiap unit dan musnah terbakar kesemuanya .
Operasi pemadaman adalah dengan menggunakan sumber air daripada Pili Bomba dan Jentera Bomba. Pasukan Bomba dibantu oleh Bomba Komuniti Tanjung Aru telah merobohkan 80% bahagian daripada salah sebuah rumah dengan tujuan Fire Break untuk menyekat kemerebakan Kebakaran.
Tiada mangsa yang terlibat dilaporkan oleh ketua operasi. Operasi adalah terkawal dan ditamatkan pada jam 3:22 petang.
Agensi lain turut terlibat adalah pihak SESB, APM, PDRM, Bomba Komuniti tanjung Aru dan Pegawai Kebajikan.
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah