KLIA, 24 Ogos 2023: Warga Kerja Zon 5SL Selangor Selatan telah meraikan kehadiran YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor Sempena Lawatan Kerja Rasmi YS Pengarah yang telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat KLIA.
Ini merupakan sesi Lawatan Kerja Rasmi pertama YS Pengarah ke Zon 5SL Selangor Selatan selepas dilantik sebagai YS Pengarah pada 2 Jun 2023 yang lalu.
YS Pengarah juga turut merasmikan Kolam Ikan Pejabat Zon 5SL dengan melepaskan ikan ke kolam tersebut sebagai Gimik Perasmian.
Turut hadir PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar,Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON) , Ketua Zon 5SL Selangor Selatan, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Balai dibawah Zon 5SL Selangor Selatan, pegawai kanan dan kakitangan Zon serta balai-balai dibawah Zon 5SL Selangor Selatan.
Majlis Lawatan Kerja Rasmi diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan serta bergambar kenang-kenangan bersama pegawai dan kakitangan Zon 5SL Selangor Selatan.