Zon 4SL Hulu Langat, 27 Jun 2023 – Telah Menerima Kunjungan Hormat sempena Program Lawatan kerja rasmi YDH Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam bin Ismail ke BBP Pandan Indah bagi sesi suai kenal dan ramah mesra bersama YDH Ketua Zon 4SL (Hulu Langat) PgKB I Shahrin Yusmar bin Mat Yusof.
Turut hadir, ketua-ketua balai polis di bawah pentadbiran IPD Ampang Jaya dan wakil pegawai-pegawai kanan bahagian IPD Ampang Jaya.
Pegawai-pegawai kanan zon, Ketua Balai BBP Pandan Indah dan wakil Ketua Balai BBP Ampang turut hadir dalam program ini bagi Jalinan hubungan baik sebagai rakan strategik antara JBPM dan PDRM khususnya di peringkat Daerah.
Ketua Zon 4 Selangor (Hulu Langat) JBPM Selangor