SHAH ALAM, 3 Julai 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Program Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pembangunan (ICU) Negeri Selangor, YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab.
Program Kunjungan Rakan Strategik ini bagi memperkenalkan Pengurusan yang baru disamping bertukar-tukar pandangan dalam aspek Pembangunan Negeri Selangor tanpa mengabaikan isu keselamatan kebakaran serta penambahbaikan pengurusan antara agensi yang lebih baik.
PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah bersama Pegawai Bahagian Operasi, Pegawai Pembangunan dan Pegawai Unit Perhubungan Awam JBPM Negeri Selangor juga turut hadir program pada kali ini.
YS Pengarah JBPM Negeri Selangor juga sempat Menandatangani Buku Lawatan dan bergambar bersama YBhg. Datuk Pengarah ICU Selangor, Timbalan Pengarah ICU dan Timbalan Pengarah Bomba serta Pegawai-pegawai yang hadir.