BATU PAHAT, 21.6.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan tentang kebakaran kedai melalui talian MERS999 pada jam5:44 petang yang berlaku di Jalan Kundang 4, Taman Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor.
1 jentera FRT, 1 jentera Unit EMRS, 2 motosikal Unit RIM daripada BBP Penggaram dan di bantu 1jentera FRT dan 1 jentera Unit EMRS daripada BBP Batu Pahat dengan keseluruhan anggotaseramai 20 orang telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
KomanderOperasi, TPgB II Firdaus bin Ahmad melaporkan, kebakaran melibatkan kedai 2 tingkat di sebuah lot yangberkeluasan 24×75 kaki persegi dan merupakan tempat penyimpanan burung kakak tua ditingkat 1.
Kebakaran itu telah memusnahkan sebanyak 20% daripada keseluruhan bangunan tersebut dan mengakibatkan sebanyak 50 ekor burung kakak tua telah mati akibat kebakaran. Anggota Bomba bertindak menjalankan ‘ventilation’.
Dalam kebakaran tersebut, turut terjejas adalah lot bersebelahan akibat ‘water damage’ sebanyak 5%. Pemadamanawal dilakukan oleh orang awam dengan menggunakan 10 unit alat pemadam api jenis drypowder.
Seterusnya, pihak Bomba bertindak melakukan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Setelah selesai, operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 6:43 petang.