NILAI, 26.6.2023: Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Majlis dimulakan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Dataran Bangunan Canselori USIM. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Tauliah di Dewan Kolej Genius Insan, USIM.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengurusan Tertinggi JBPM dan USIM serta pegawai dan warga kerja USIM dan JBPM.