BUKIT JELUTONG, 12 Jun 2023 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan sesi lapor diri pegawai baharu yang dinaikkan pangkat ke Gred KB22. Sesi Lapor diri disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama Timbalan Pengarah, PPjB Nor Arifin bin Kamari dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB I Mohamadul Ehsan bin Mohd Zain. Turut hadir Encik Afdzal Ikhwan bin Omar bersama Puan Siti Azrina binti Kamarolzaman, Bahagian Pengurusan Negeri.Syabas dan Tahniah diucapkan di atas kenaikan pangkat ini. Semoga tuan-tuan dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang, penuh dedikasi serta berintergriti.
