BESTARI JAYA, 11 Jun 2023 – Bertempat di Dewan Orang Ramai Saujana Utama telah diadakan Karnival Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama bersama Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dengan Kerjasama MPKS Zon 22 dan Zon 23. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Selangor, PgKB I Mohamadul Ehsan bin Mohd Zain Hadir mewakili YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bagi merasmikan karnival tersebut. Selain Pameran Kebombaan, Pertandingan Mewarna, BBP Bestari Jaya juga Turut mengadakan Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Pemadaman Kebakaran kepada masyarakat awam yang hadir ke karnival pada kali ini.