18 Januari 2023 – Bertempat di IPC Shopping Center, Damansara telah diadakan Majlis Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2023. Majlis dirasmikan oleh YS Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor PPjB Wan MD Razali bin Wan Ismail. Majlis diserikan dengan kehadiran General Manager IPC Shopping Center, Ms Karyn Lim Yin Yin bersama sama meraikan majlis tersebut.
Pihak Bomba turut memyampaikan Sijil Perakuan Bomba, Sijil Penubuhan Bomba Komuniti, Sijil Penubuhan Kelab 3K, Sijil Penubuhan Skuad Tahfiz, Penyampaian Zon Cemerlang dan Pemberian Sijil Penghargaan kepada individu yang banyak memberi Khidmat kerjasama dengan Jabatan Bomba. Risalah berkaitan Kempen Kesedaran Awam Musim Perayaan Tahun Baru Cina turut diedarkan kepada para pengunjung semasa program berlangsung.