2 Februari 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Perhimpunan Tahunan 2023 bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Rawang disempurnakan oleh YS Dato’ PKPjB Norazam bin Khamis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Turut hadir Wan Md Razali bin Wan Ismail, Timbalan Pengarah serta dihadiri Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Selangor.
Dalam perhimpunan tersebut, Bacaan Ikrar SKAI turut dibacakan bagi tahun 2023 diketuai oleh PgKB II Yusmaredza Mirza bin Mohamed Ali, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Selangor.
YS Dato’ juga turut menyampaikan Sijil Penghargaan Operasi Batang Kali kepada Aset Kayamas Sdn Bhd, Guori Sdn Bhd, Genting Malaysia Berhad, Pemandu dan Krew Mesin Penggali (14 orang), Pegawai dan anggota JBPM Negeri Selangor (387 orang), Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), Pihak Media (11 Agensi) dan penyerahan Sumbangan Kebajikan KOBOPEM & Bantuan Persatuan Kebajikan JBPM.