Jumaat, 13 Januari 2023 – JBPM Negeri Selangor mengadakan Majlis Lawatan Kerja Rasmi YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke JBPM Negeri Selangor bertempat di Padang Kawad. Ketibaan YAS Dato’ Sri Ketua Pengarah telah diiringi oleh YS Dato’ PKPjB Hj. Norazam bin khamis, Pengarah bersama PPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah Bahagian serta Ketua-ketua Zon JBPM Negeri Selangor ke pentas utama. YAS Dato’ Sri juga turut menerima Hormat Panglima dan memeriksa Pembarisan Kehormat JBPM Negeri Selangor.
Sempena lawatan tersebut, YAS Dato’ Sri diiringi YS Pengarah JBPM Negeri Selangor ke Perasmian Laman Kecergasan dan Gimik Penanaman Pokok Kurma bersama Datin Sri di Laman Palm Garden, di hadapan Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor
YAS Dato’ Sri juga turut Menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba kepada 83 orang pegawai lain-lain pangkat.