Pada cuti hujung minggu kali ini, JBPM Putrajaya telah dijemput untuk menyertai dan mengadakan aktiviti bersama komuniti-komuniti Putrajaya. Maklumat program adalah seperti berikut:
Program 1:
Tarikh: 18 Mac 2023 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Apartment 5R1, Presint 5
Anjuran: KRT 5R1
Aktiviti: Taklimat keselamatan kebakaran & keselamatan lif, pameran peralatan & jentera Bomba, kuiz kebombaan, pertunjukan & latihan memadam kebakaran api dapur & kebocoran tong gas serta penyerahan APA (5 unit) kepada KRT 5R1.
Penglibatan: PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir bersama anggota pasukan A, BBP Presint 7 diketuai PBK I (KUP) Khairil Nazrom bin Nasir
Kanak-kanak bergambar kenangan berlatarbelakangkan jentera bomba. Kanak-kanak sedang membaca risalah-risalah JBPM. Warga kominiti tidak melepaskan peluang bergambar bersama Maskot EDIE. Kanak-kanak bergambar kenangan berlatarbelakangkan jentera bomba. Warga kominiti tidak melepaskan peluang bergambar bersama Maskot EDIE. Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain air sambil diawasi oleh anggota bomba.