22 Februari 2023 (Rabu) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya. Seramai 83 orang penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Bahagian Latihan) dan 4 orang Pegawai Pemerhati dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7.
Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 9.56 pagi.
Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Bahagian Latihan) dan Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat, Presint 7.
PKPgB Mohd Taha bersama PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah sedang memeriksa sistem bilik kawalan di bangunan Ibu Pejabat SPRM. Pegawai Bomba mendapatkan penjelasan mengenai pelan bangunan daripada Ketua Insiden Pasukan ERT dan wakil dari pasukan penyelenggaraan. Pengarah Keselamatan SPRM turut bersama di bilik kawalan. Ahli pasukan ERT sedang mencatat bilangan kehadiran kakitangan di tempat berkumpul. Ketua Insiden pasukan ERT sedang melaporkan maklumat kepada Pegawai Bomba Pegawai Bomba PKPgB Mohd Taha Bin Husain sedang memberi taklimat mengenai pencegahan kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api. Pegawai Bomba sedang membantu menunjukkan arah angin untuk melakukan pemadaman Pengarah Keselamatan SPRM sedang melakukan demonstrasi pemadaman api minyak.