Sekalung penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan selama 35 tahun perkhidmatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Selamat Bersara buat YAS Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia disamping keluarga tercinta.