Tarikh : 7 Februari 2023
YAS Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba Tahun 2020 yang diadakan di Dewan Ibu Pejabat JBPM Labuan.
Dalam majlis ini, seramai 8 orang penerima Pingat Perkhidmatan Bomba telah diraikan sebagai tanda penghargaan khidmat jasa dan kualiti kerja yang telah diberikan.
Turut hadir, YS PgKB I Ismaidi Bin Ismail, Pengarah JBPM Labuan, PgKB II Emil Bin Taihin @Toihin, Timbalan Pengarah JBPM Labuan serta semua pegawai dan anggota JBPM Labuan.