Tempat : Istana Balai Besar Kota Bharu
Tarikh : 12-13/2/2023 ( Ahad & Isnin )
Masa : 9.00 Pagi
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir ke Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Bagi Tahun 2022 Kali Ke 2. Majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat ini berlangsung dalam dua sesi. Seramai 12 Pegawai Bomba pelbagai pangkat telah menerima pingat yang telah dikurniaakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.