KURSUS MENYELAMAT DI AIR

TARIKH: 14/02/2023

HARI: SELASA

MASA: 0700 – 1700

PASUKAN: BOMBA PASIR PUTEH, BOMBA TOK BALI, BOMBA BACHOK & PDRM PASIR PUTEH

Diketuai  oleh PgB Nurul Alfisyahrin bin Mhd Zaki Ketua Zon 2 dan PPgB Azhar Elmi bin Mustofar Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bersama peserta  menghadiri Kursus Penyelamatan di Air yang diadakan di Pulau Rhu Besut Terengganu. Antara latihan yang dijalankan adalah Water Confident, Safety of Life At Sea (SOLAS), Pengendalian Bot, Menyelamat menggunakan peralatan menyelamat dan Penyelamatan menggunakan peralatan kitar semula berdasarkan kreativiti peserta. 

Turut hadir dalam program ini PgKB II Mohd Wildan bin Azhari Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan PgB Mohd Faris bin Ismail Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran. Majlis penutupan kursus menyelamat di air telah dirasmikan oleh PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan.  Kursus ini adakan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan anggota dalam melaksanakan operasi penyelamatan di air serta   meningkatkan kemahiran dalam pengendalian bot penyelamat

​dalam kawasan yang berombak dan berarus.

Kehadiran Peserta:

PgKb I Anwar bin Abu Bakar

PgKB II Mohd Wildan bin Azhari

PgB Mohd Farid bin Ismail

PgB Mohd Alfisyahrin bin Mhd Zaki

PPgB Azhar Elmi bin Mustofar

PPgB Ahmad Ridhuan Bin Mohamad Ghazali

PBT II Che Azrul Azmeri bin Che Abdullah

Bomba Pasir Puteh – 24

Bomba Tok Bali – 20

Bomba Bachok 11

Unit PPDA – 6

PDRM Pasir Puteh – 9

English EN Malay MS
Skip to content