Putrajaya, 7 Februari 2023 – Bertempat di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya telah diadakan Lawatan Kerja Rasmi YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Ketibaan beliau telah disambut oleh PgKB I Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Putrajaya bersama PgKB II Henry Goliong Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya. YAS Dato’ Sri turut memeriksa Perbarisan Kehormat JBPM Putrajaya yg diketuai oleh PgB Mohamad Nazri b Ar Azmi .
Dalam lawatan tersebut, YAS Dato’ Sri turut merasmikan “Denai Dato Sri Ts Mohammad Hamdan” dan menganugerahkan Pingat Perkhidmatan Bomba kepada YS Pengarah JBPM Putrajaya serta Sijil Perkhidmatan Bomba 30 Tahun kepada 5 orang pegawai Bomba dan kakitangan gunasama. JBPM Putrajaya telah di pilih sebagai lokasi terakhir dalam siri Lawatan Kerja Rasmi YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM ke negeri-negeri.
YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid tiba di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Putrajaya dengan disambut oleh YS Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai kanan JBPM Putrajaya. Perbarisan Kawalan Kehormatan yang diketua oleh Mohamad Nazri Bin Ar Azmi. Kombo memainkan alat muzik sebaik ketibaan Dato’ Sri. YAS Ketua Pengarah telah menerima Hormat Panglima sejurus tiba di perkarangan Ibu Pejabat tersebut sebelum membuat pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan. YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bersama YS Pengarah, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan JBPM Putrajaya. Bacaan doa memohon kelancaran majlis. YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid bersalaman dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai kanan JBPM Putrajaya. YAS Dato’ Sri turut memeriksa Perbarisan Kehormat JBPM Putrajaya yg diketuai oleh PgB Mohamad Nazri b Ar Azmi . YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid bergambar kenangan bersama Perbarisan Kehormat JBPM Putrajaya. YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid merasmikan “Denai Dato Sri Ts Mohammad Hamdan”. YAS Dato’ Sri menandatangani plak bagi menyempurnakan perasmian “Denai Dato Sri Ts Mohammad Hamdan”. Bergambar Kenangan di “Denai Dato Sri Ts Mohammad Hamdan. YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan menandatangani Buku Pelawat sambil disaksikan oleh YS Pengarah dan Timbalan Pengarah JBPM Purajaya. PP Bahagian bergambar bersama YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid semasa sesi menandatangani Buku Pelawat. YAS Dato’ Sri masuk ke Dewan Sutera untuk menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Sijil Perkhidmatan 30 tahun JBPM. Ucapan dari YS Pengarah JBPM Putrajaya, PgKB I Nor Arifin bin Kamari. YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan memberi ucapan dan berkongsi pengalaman suka duka beliau sepanjang berkhidmat di JBPM. YAS Dato’ Sri menganugerahkan Pingat Perkhidmatan Bomba kepada YS Pengarah JBPM Putrajaya.YAS Dato’ Sri menganugerahkan Pingat Perkhidmatan Bomba kepada YS Pengarah JBPM Putrajaya. YAS Dato’ Sri menyampaikan Sijil Perkhidmatan Bomba 30 Tahun. Pegawai-pegawai dan anggota-anggota menadah tangan semasa bacaan doa. YAS Dato’ Sri diiringi ke dewan makan. Artis Bomba, Syafiq Farhain bersama kombo bomba menghiburkan YAS Dato’ Sri dan tetamu-tetamu lain. YS Pengarah menyuapkan kek kepada YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan. YAS Dato’ Sri menyuapkan kek ke mulut YS Pengarah. Penerima Sijil Perkhidmatan Bomba 30 Tahun. Penerima Sijil Perkhidmatan Bomba 30 Tahun bergambar bersama YAS Daro’ Sri. Bergambar bersama YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan. Bergambar kenangan bersama YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan. Bahagian Pengurusan bergambar kenangan bersama YAS Dato’ Sri. YAS Dato’ Sri bersama-sama pegawai-pegawai bomba wanita. Anggota-anggota bomba dari BBP Presint 14 juga tidak melepaskan peluang ber’selfie’ bersama YAS Dato’ Sri. YAS Dato’ Sri bersalaman dengan pegawai-pegawai kanan JBPM Putrajaya. YAS Dato’ Sri memberi tabik kepada pegawai-pegawai kanan sebelum pulang. YS Pengarah dan Timbalan Pengarah berserta pegawai-pegawai kanan mengiringi YAS Dato’ Sri ke kereta.